http://hotbliggityblog.com/backgrounds/standard/575

Saturday 28 February 2015

Rumusan Peranan ICT Dalam Penyebaran Dakwah Dalam Era Globalisasi.

DEFINASI

               Dakwah ialah rangkaian perkataan"dakwah islamiyyah"sebagai satu istilah khusus yang penting dalam penyebaran,pengembangan dan pemahaman islam sebagai al-din yang diamalkan dan diterima pakai. Berdasarkan pengertian tersebut,dakwah merupakan satu kegiatan yang dijalankan oleh segolongan manusia untuk menjalankan menyeru manusia ke arah mentaati Allah S.W.T dan Rasulullah S.A.W. Disamping menegah manusia dari melakukan kemungkaran dan kembali ke jalan yang benar.

HUKUM DAKWAH
·          Fardu Ain
·          Fardu Kifayah
RUKUN DAKWAH
·          Topik utama dakwah.
·          Para pendakwah.
·          Penerima dakwah.
·          Pendekatan dalam berdakwah.
              ICT bermaksud teknologi maklumat yang boleh disimpulkan sebagai satu proses pengaliran,penyebaran,pemprosesan dan penyimpanan maklumat menggunakan perantaraan teknologi.

KESAN ICT DALAM DAKWAH

i)Positif :
·          Mudah ,cepat dan berkesan.
·          Dapat dijalankan dengan efektif dan efisien.
·          Meningkatkan kualiti dakwah yang disampaikan.
·          Mengeratkan lagi hubungan antara masyarakat islam seluruh dunia.
ii)Negatif :
·          Pengaruh budaya asing.
·          Menjejaskan kesihatan.
·          Kesahihan maklumat.
·          Pelayaran WEB negatif.
·          Jenayah Internet.
·          Penyebaran fitnah dan gossip.
·          Pemasalahan remaja.
·          Aktiviti perjudiaan.
·          Perubahan gaya hidup dan pencemaran bahasa.
·          menerapkan amalan kebendaan.
KESIMPULAN

          Seorang pendakwah haruslah kreatif dalam kepakaran dan ilmu yang cukup dalam mengeksploitasi ICT.Suatu gabungan yang kuat antara pakar-pakar muslim dalam pelbagai bidang dan organisasi islam yang berwibawa sangat diperlukan.
          Aspek iman menjadi fokus utama dalam menyampaikan dakwah dan menjadi asas terpenting dan mampu mengatasi segala cabaran yang akan dihadapi pada masa ini mahupun pada masa akan datang.Oleh itu dakwah secara etimologi bertepatan dengan terminologi iaitu"menggunakan akal fikiran dalam rangka menyelamatkan manusia dari rasa jauh dan lupa terhadap Allah S.W.T agar menjadi dekat dan ingat dengan berbagai cara,kaedah dan method.
         Pada hakikatnya cara,kaedah dan method untuk berdakwah itu sangat luas.Semua manusia mampu berdakwah selagi tidak bertentangan dengan syariat islam.

No comments:

Post a Comment